Saturday 10 February 2018

5 Cara Mengelakkan Serangan Siput Babi Di Kebun

5 Langkah Mengatasi Serangan Siput Di Kebun

Siput babi (Achatina fulica), biasa sangat dijumpai di
kawasan kebun. Baik dihalaman rumah ataupun sebesar ladang komersial. Pasti
wujud siput ini. Ada sesetengah tempat, serangan siput ini masih boleh dikawal,
namun, ada juga yang sebaliknya.

Apabila serangan siput berlaku, kesannya sangat rakus.
Habis pucuk-pucuk muda dimakannya. Geram betul kita melihatnya kan.

Siput ini tidak termasuk dalam kategori serangga seperti
belalang, aphid dan sebagainya. Setiap hidupan yang dikategorikan sebagai
serangga mesti ada 6 kaki. Bahkan labah-labah juga tidak tergolong dalam
kategori serangga.

Siput tergolong dalam kumpulan moluska (mollusca) yang
menggunakan keupayaan otot perutnya sebagai mobilasi dari satu tempat ke tempat
yang lain.

LIKE DAN SUSCRIBE CHANNEL BERKEBUN SEBAGAI HOBI UNTUK
INFO DAN IDEA BERKEBUN.

- www.ideaberkebun.blogspot.com
- www.ideaberkebun.blogspot.com


- www.ideaberkebun.blogspot.com  






Tuesday 28 July 2015

Pesona ladang gaharu Gopeng






GOPENG 28 Feb. - Terletak hampir tiga kilometer dari pekan Gopeng, siapa sangka wujudnya sebuah ladang gaharu seluas 120 hektar di tengah-tengah Kampung Sungai Itik dan Kampung Pintu Padang.

Persis Tembok Besar Cina sepanjang tiga meter, kawasan agropelancongan terbaharu di negeri Perak itu mempunyai potensi besar menarik kunjungan pelancong asing mahupun rakyat tempatan.

Apa tidaknya, gaharu yang biasanya dikenali sebagai tumbuhan liar di hutan dan sering menjadi mangsa kerakusan pembalakan kini ditanam secara komersial di ladang berbukit dengan jarak tersusun tiga meter antara satu sama lain.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah harga satu kilogram gaharu di pasaran kini bernilai RM25,000 dan ia boleh mencecah sehingga RM100,000 mengikut gred.

Dengan pembangunan ladang secara organik melibatkan kira-kira 200,000 batang pokok gaharu, kebanyakan kos operasi dikatakan tertumpu kepada penyelenggaraan kawasan ladang termasuk pembinaan jalan bagi memudahkan perjalanan keluar masuk kenderaan.

Gaharu yang dikategorikan sebagai spesies tumbuhan terancam itu memerlukan semburan enzim mikroorganisma efektif dua minggu sekali supaya boleh mencapai ketinggian antara 15 hingga 18 meter.

Menceritakan lebih lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Gaharu Technologies Sdn. Bhd., Nicklaus Ho C.W. berkata, gaharu yang ditanam secara komersial di kawasan berkenaan sejak 2008 merupakan jenis hibrid yang dikacukkan dengan 12 jenis spesies lain di Jepun.

Sehubungan itu, katanya, pokok gaharu yang ditanam di kawasan berdekatan Gua Tempurung dan Hutan Rizab Bukit Kinta itu mampu menjana hasil lebih cepat iaitu dalam tempoh tiga tahun.

"Kita juga hasilkan pelbagai jenis produk seperti teh gaharu, sup gaharu, minyak gaharu, cip kayu gaharu, mi segera gaharu, nougat, biskut dan aiskrim gaharu.

"Semua kerja pemprosesan dan pembungkusan produk kita lakukan di kilang yang turut dibuka di sini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nicklaus berkata, daun pokok gaharu yang diproses menjadi teh hijau mempunyai khasiat mengubati pelbagai jenis penyakit seperti gout, kencing manis, darah tinggi serta membantu melancarkan sistem edaran darah.

Selain boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dan awet muda, kajian mengenai khasiat gaharu itu juga telah dijalankan bersama Sekolah Sains Farmaseutikal Universiti Sains Malaysia (USM) sejak empat tahun lalu.

"Disebabkan gaharu mempunyai permintaan yang tinggi, kita membuka cawangan perniagaan yang pertama di Hong Kong bersama-sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri pada 9 Disember tahun lalu.

"Kita juga menyasarkan untuk memasarkan produk gaharu ini ke Indonesia seperti di Jakarta, Medan dan Surabaya selain Singapura, Dubai dan menembusi pasaran di pasar raya sekitar England," katanya.

Tambah beliau, selain menerima pensijilan organik buat julung kalinya untuk produk gaharu oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani, pihaknya turut mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namun, rata-rata pengunjung yang gemar mengunjungi ladang berkenaan adalah kaum Cina kerana pokok gaharu dikatakan mendatangkan 'feng shui' yang baik kepada mereka.

Selain dapat melihat pertukaran pucuk baharu pokok gaharu pada setiap awal tahun, pengunjung juga boleh bersantai di Holistic Gaharu (Hoga) Tower yang kini dibina dan dijangka siap sepenuhnya Jun tahun ini.

Beliau berkata, pada zaman dahulu, gaharu dan sarang burung walet selalunya dimasak bersama dan digunakan kerabat diraja Cina untuk tujuan kecantikan serta resipi umur panjang.

"Seperkara lagi yang menarik di sini ialah terdapat pokok yang kita namakan 'Loving Tree' kerana terdapat satu pokok berbatang hitam dilihat seolah-olah memeluk satu lagi pohon berbatang putih.

"Penduduk di kampung ini ada mengatakan terdapat satu legenda kononnya ada seorang anak perempuan 'mat saleh' jatuh cinta kepada orang tempatan," katanya.

Selain itu, katanya, di puncak bukit ladang itu terdapat ibu pokok gaharu yang ditanam sejak 1992.



spesis gaharu manakah yang menjadi pilihan anda?




Jika diberi pilihan, spesis manakah yang menjadi pilihan anda?

A. Aquilaria crassna

B. Aquilaria hirta

C. Aquilaria Sub-Integra

D. Aquilaria malaccencis

Sila buat pilihan anda. Atas dasar apakah anda membuat pilihan tersebut. Adakah kerana nama tersebut lebih best dari biasa atau sekadar teka-teka sahaja. Pada hari ini, saya ingin berkongsikan satu maklumat dengan semua pembaca.

Menurut persidangan Gaharu Sedunia yang berlangsung di Vietnam (2004), spesis sub-integra telah di isytiharkan sebagai spesis yang menghasilkan gaharu yang bermutu tinggi dengan gred tertinggi. Jadi mungkin anda boleh memilih spesis ini untuk dipertimbangkan sebagai tanaman diladang gaharu anda.

Namun begitu, tiada kajian spesifik yang menunjukkan bahawa spesis sub-integra ini juga mampu menghasilkan gaharu bermutu tinggi jika di tanam di Malaysia. Perbezaan cuaca dan juga ciri-ciri persekitaran mungkin mempengaruhi pertumbuhan pokok gaharu ini. Di sebabkan hal ini, masih terdapat ramai penanam yang ragu-ragu dengan keadaan ini. 


Jika di lihat secara pemerhatian kasar, spesis gaharu liar yang banyak terdapat di Malaysia ialah malaccencis dan juga crassna. Mungkin juga spesis ini adalah spesis yang paling sesuai ditanam di Malaysia. Tetapi persoalannya pula, adakah spesis ini menghasilkan gaharu bermutu tinggi dan banyak?

Lesen-lesen yang diperlukan didalam industri gaharu & Kawalan Karas




Kaedah Perlesenan dan Pemantauan/ Kawalan Pengusahasilan Karas di Malaysia yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan negeri. 

Semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat dari perkongsian ini. Kaedah pengawalan ini berkaitan dengan penuaian hasil gaharu yang tumbuh secara semulajadi.


Permohonan

1.1 Pengusaha/ kontraktor yang berminat untuk mengusahahasilan kayu gaharu dikehendaki berdaftar dengan Jabatan menggunakan borang yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah hutan di negeri masing-masing yang boleh diperbaharui dari tahun ke tahun.

1.2 Permohonan untuk mengusahahasilan kayu gaharu perlu menggunakan borang yang ditetapkan dengan mengemukakan butir-butir pelan kawasan dan keluasan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), Tanah Kerajaan (TK) atau Tanah Bermilik (TM) yang dipohon.

1.3 Pengusaha perlu mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

1.4 Keutamaan untuk mendapatkan lesen boleh diberi kepada orang asli samada secara perseorangan atau melalui Jabatan/ Koperasi.


Perlesenan

2.1 Lesen Untuk Mengambil Kayu Gaharu

i. Permohonan yang diluluskan untuk mengusahasilan kayu gaharu akan dikeluarkan Lesen Kecil ( Borang 3) bagi kawasan dalam HSK/TK dan lesen pemindah ( Borang 5) bagi TM.

ii. Wang cagaran sebanyak RM10,000 akan dikenakan bagi setiap lesen.

iii. Setiap lesen dihadkan pengeluaran sebanyak 30 kg kayu gaharu dan 1000 kg kayu karas racik sebulan.

iv. Setiap lesen akan dikenakan bayaran royalti mengikut gred yang ditetapkan oleh Jabatan pada kadar 10% ad valorem.

v. Sebarang perlanggaran syarat lesen akan diambil tindakan undang-undang termasuk membatalkan lesen dan menyenarai hitamkan pengusaha.

vi. Perlesenan akan dikenakan syarat tambahan seperti berikut :

- Dikehendaki membekalkan sebanyak 3000 anak benih tabung karas kepada Jabatan setahun
- Perlesenan dan pencari mestilah terdiri dari warganegara Malaysia
- Had diameter pokok karas yang boleh diusahasilan ialah dari saiz 20 cm dan ke atas
- Pokok karas yang sedang berbunga dan berbuah dilarang usahasilan
- Pembinaan jalan tidak dibenarkan
- Dikehendaki menghantar ' shuttle return' pada setiap bulan kepada Pejabat Perhutanan Negeri mengenai maklumat pengeluaran kayu gaharu



2.2 Lesen Untuk Berniaga Gaharu

i. Peniaga/ agen hanya boleh membeli gaharu/karas dari pemegang lesen yang diluluskan oleh Jabatan.

ii. Dikehendaki menyelenggara buku log dengan mencatatkan kemasukan dan pengeluaran (penjualan) kayu gaharu kepada pekilang atau untuk dieksport.

iii. Mengemukakan 'shuttle-return' pembelian dan penjualan kayu gaharu ke Pejabat Perhutanan setiap bulan.

iv. Mendapatkan permit CITES dari MTIB ( jika dieksport ke luar Negara).




2.3 Lesen Kilang Memproses Gaharu

i. Pengilang dikehendaki mendapatkan lesen memproses kayu gaharu mengikut peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Hutan untuk tujuan penukaran kepada serbuk kayu atau minyak gaharu.

ii. Dikehendaki menyenggarakan buku log dengan mencatatkan kemasukan kayu gaharu, jumlah kayu gaharu yang diproses, penghasilan serbuk/ minyak gaharu yang diproses.

iii. Mengemukakan ' shuttle return' menunjukkan jumlah kemasukan dan penjualan kayu gaharu/ serbuk/ minyak gaharu ke Jabatan Perhutanan negeri.

iv. Mendapatkan permit CITES dari MTIB dengan mengemukakan lesen kilang yang diluluskan/ resit Kew. 38/ pas pemindah ( jika dieksport).

Gred kayu gaharu mengikut kegunaan.

Pengredan Kayu Gaharu Mengikut Kegunaan



Kayu Gaharu Untuk Bukhur (Wangian)


Gred Super






Gred A





Gred B





Gred C










Kayu Gaharu Untuk Minyak

Gred A (Kayu Hancur)







Gred B (Sarang Semut, Kayu Kuning & Tuto)














Gred C (Kepala Kayu & Kayu Racit)




Jadual Harga Mengikut Gred di Pasaran.

GRED HARGA (perkilogram)

SuperA  
RM 100,000 ke atas

Gred A   
RM 35,000

Gred AB 
 RM 18,000

Gred B 
RM 12,000

Gred C 
 RM 6,000

Lain-lain Gred 
RM 500 – RM 1,000


Gred Kayu untuk Minyak 
 RM 5 – RM 150


Minyak Gaharu 
 RM 500/ tola (12gm)


sumber: gaharuembun.blogspot.com

Potensi pasaran gaharu yang luas diluar negara



PASARAN ANTARABANGSA YANG LUAS


Dalam Negara

Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau. Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport.

Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang di semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar. Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 – 80 dapur dan akan mengupah pekerja seramai 2 – 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.


Luar Negara
Trade in Aquilaria malaccensis (kg) by country of import Chips, powder and timber Oil Country Year Imports reported by country of import Exports/reexports to country of import reported by country of export/re-export Import reported by country of import Exports/ re-exports to country of import reported by country of export/re-export


United Arab Emirates
1995 - 51,2562
1996 - 25,388
1997 - 52 ,429
1998 - 82 ,668
1999 - 26 ,042
2000 - 21 ,305
2001 - 10 ,303


Hong Kong
1995 - 25 ,855 40 ,275
1996 - 47 256 57 ,357
1997 - 52 684 52 770
1998 - 55 093 55 487
1999 - 63 354 66 576
2000 - 27 769 27 770
2001 - 15 787 22 973


India
1995 - 38 14 454
1996 - 15 184
1997 - 19 364
1998 - 36 867
1999 - 6 699 45 150
2000 - 24 399 37 018
2001 - 42 833 69 847


Japan
1995 - 6 629 11 159
1996 - 10 829 22 302
1997 - 10 134 20 512
1998 - 8 126 18 082
1999 - 21 119
2000 - 21 175
2001 - 20 202


Saudi Arabia
1995 - 39 885 377
1996 - 13 307
1997 - 75 392 2
1998 - 73 168
1999 - 21 616
2000 - 15 674


Singapore
1995 - 116 581 345 677
1996 - 375 882 417 130
1997 - 91 046 350 158
1998 - 33 550 173 733
1999 - 5 000 79 952
2000 - 70 950 127 899
2001 - 21 300 90,265


Taiwan(Province of China)
1995 - 211 308 1
1996 - 69 756
1997 - 121 302
1998 - 38 798
1999 - 13 951
2000 - 6 139
2001 - 45 077


Source: CITES annual report data compiled by UNEP-WCMC (excluding entries under Aquilaria spp.)


*Jika dilihat kepada statistik di atas, kita dapati hampir keseluruhan negara pengimport gaharu mengalami penurunan mendadak jumlah gaharu yang diimport. Ini adalah disebabkan;

1.Pokok Gaharu Hutan mengalami masalah kepupusan.

2. Pengeluaran Kayu Gaharu mengalami tahap kritikal.