Potensi Pasaran Gaharu
Turut dikenali sebagai 'Kayu dari Tuhan' atau 'Emas Hitam', harga untuk teras gaharu di pasaran tempatan ialah antara RM 1,000 hingga RM25,000 sekilogram. Selain dijual dalam bentuk teras kayu, ia juga boleh diekstrak untuk dijadikan pati minyak dan boleh dijual di antara harga RM350 hingga RM1200 setola (1 tola = 12 ml). Jika dijual dalam bentuk ketulan kayu, ia boleh dijual dari harga RM4 hingga RM 350 sekilogram.
Yang membezakan harga antara produk gaharu ialah gred dan mutu produk itu.
Pada waktu ini, pasaran gaharu dunia hanya dapat menampung 20 peratus daripada permintaan sebenar, menjadikannya satu bidang yang boleh menjanjikanpendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya.
Walaupun hanya memenuhi satu per lima daripada permintaan, transaksi pasaran dunia bagi industri gaharu bernilai kira-kira RM200 juta dan dikatakan berpotensi untuk berkembang, sehingga RM3 bilion diperuntuk jika mampu memenuhi keperluan pasaran.
Bgmana nak pasarkan kayu gaharu? Encik ada contact no org yg boleh bantu ttg gaharu?
ReplyDelete