Tuesday 21 January 2014

Masalah Dalam Industri Gaharu

Masalah Dalam Industri Gaharu


1. Masalah yang sangat ketara dalam industri ini ialah sumber bahan mentah. Di Malaysia, kebanyakkan sumber masih diperolehi daripada hutan. Penuaian secara berlebihan menyebabkan pokok ini semakin di ancam kepupusan.

2. Mengikut kajian yang dijalankan, kaedah yang digunakan oleh pencari gaharu juga tidak efisien. Kebanyakkan pencari gaharu tidak sah (secara haram) menggunakan kaedah terus menebang pokok untuk melihat sama ada terdapat gaharu atau tidak. Jika tiada akan ditinggalkan begitu sahaja. Ini amat merugikan industri gaharu di Negara kita dan juga kepada pencari gaharu tempatan yang menggunakan kaedah menakik pokok untuk melihat samada gaharu sudah terbentuk atau tidak.

3. Kurang insentif dari kerajaan bagi membantu dalam industri pemprosesan gaharu agar menjadi kilang bertaraf GMP. Jika kita lihat kebanyakkan industri pemprosesan gaharu dijalankan secara kecil-kecilan, dibuat secara berperingkat dan di bina diatas tapak yang tidak sepatutnya seperti dibelakang-belakang rumah dan sebagainya.

4. Kurang maklumat dan kepakaran dalam industri yang menyebabkan maklumat yang tepat tidak sampai dan ramai pihak yang ditipu kerana kurang mahir seperti pengecaman anak pokok, penentuan gred gaharu dan juga berkaitan dengan inokulasi pokok karas.

5. Perdagangan gaharu secara haram berleluasa kerana sukar dikesan oleh pihak berwajib.

6. Penjual gaharu mengalami persaingan dengan penjual gaharu dari negara asing yang telah mula berhijrah ke Malaysia.





Kenapakah Gaharu Mahal?

Kenapakah Gaharu Mahal?


kenapakah harganya begitu mahal sehingga mencecah RM30,000 sekilo bagi gaharu bergred yang terbaik. Walaupun pada masa sekarang, gaharu dengan gred super A semakin sukar didapati namun harga bagi minyak gaharu yang terhasil daripada proses penyulingan juga tidak kurang mahalnya.

Secara alaminya, setiap yang Allah ciptakan pasti bermanfaat agar boleh digunakan oleh yang lainnya. Gaharu menjadi semakin popular apabila manfaatnya dalam bidang kosmetik dan perubatan mula dikenalpasti. Dengan populasi dari hutan yang semakin di ancam kepupusan dan kesukaran mendapatkan gaharu bergred tinggi menjadikan harga gaharu sebegini mahal. Walaupun banyak pihak sudah mula menjalankan perladangan gaharu namun kita masih belum nampak hasilnya. Penanaman gaharu secara berleluasa mungkin akan menganggu keselesaan gaharu dengan harga yang tinggi, namun disebabkan harganya yang sudah sedia mahal mungkin ia tidak akan jatuh ke tahap yang begitu rendah. Jangan jadikan isu ini untuk tidak mula menanam gaharu kerana gaharu merupakan sumber alam yang amat berharga.

" Masa yang terbaik untuk menanam gaharu ialah 20 tahun dahulu, dan masa yang kedua terbaik ialah menanamnya sekarang !"



Secara peribadinya, gaharu juga menjadi mahal kerana ia menjadi satu keperluan yang penting bagi orang-orang Arab. Seperti juga pentingnya sarang burung walit kepada orang Cina sehingga membuatkan harganya amat mahal.

Penanaman gaharu berbeza dengan penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan yang lainnya kerana bagi sayuran dan buah-buahan hasilnya mempunyai tarikh luput yang mana akan rosak jika tidak dijual dalam sela masa yang tidak panjang. Sebaliknya, gaharu menjadi semakin mahal jika ia dibiarkan terbentuk dalam jangka masa yang lama. Namun, jangan pernah menyesal berbudi kepada tanah. Ia dijamin memberikan pulangan yang lumayan. Setiap tumbuhan diberikan kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang tidak ada pada yang lainnya.




Faktor Pembentukan Gaharu

Faktor Pembentukan Gaharu


Pembentukan teras/gaharu dilihat sangat berkait rapat dengan jenis inokulan yang digunakan. Jadi tidaklah menjadi suatu yang pelik jika kebanyakkan pengusaha gaharu sangatlah berminat terhadap topik ini. Dan bertambah tidak pelik jika wujud berbagai jenis inokulan sama ada yang tulen atau tiruan untuk mengaburi para pembeli. Penjual itu hanya mengambil kesempatan atas keghairahan orang-orang kita mencari inokulan bagi membuat suntikan pada pokok mereka. Mereka lebih mengambil kesempatan apabila kesan pembentukan gaharu ini bukanlah overnight proses jadi setelah servis dan bayaran dibuat, mereka menghilangkan diri. Jadi atau tidaknya teras tersebut mereka sudah tidak ambil peduli.

Jika saban hari, perkara inilah yang berlaku maka makin kurangkan individu atau kumpulan yang ingin melibatkan diri dengan industri ini. Oleh itu, jadilah pengusaha yang lebih bertanggungjawab terhadap segala perkhidmatan yang telah kita tawarkan. Janganlah menghilangkan diri setelah menerima bayaran. Ohh, terpanjang pulak saya menulis tentang inokulan ni. Ok berbalik kepada topik asal yang ingin kita bincangkan iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan gaharu ialah :

1) Spesis penghasil gaharu - setiap spesis mempunyai keupayaan dan ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, setiap spesis akan menghasilkan teras yang berbeza kualiti, kuantiti dan tempoh pembentukannya. Pendapat tentang gaharu yang terbentuk dalam pokok spesis penghasil gaharu ini juga berbeza-beza. Dengan kajian yang lebih mendalam kita akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

2) Jenis tanah - faktor tanah juga penting dalam pembentukan teras gaharu. Seperti yang kita ketahui ciri-ciri tanah berbeza dan pastilah ia memberi kesan terhadap pembentukan gaharu. Nutrien pada tanah, jenis mikrob, kondisi tanah dan sebagainya. Ada juga yang kita perhatikan pokok pada kawasan yang sama, spesis yang sama tapi penghasilan gaharu masih berbeza, mungkin faktor lain telah mengambil tempat :)



3) Keadaan pokok (umur, kesuburan, pertumbuhan) - keadaan pokok juga mempengaruhi pembentukan teras. Bagi perladangan, amalan silvikultur yang baik akan menghasilkan pokok yang berkualiti. Pertumbuhan yang baik dapat menghasilkan pokok yang boleh dituai dengan lebih awal. Ia dapat mengurangkan kos seterusnya meningkatkan turnover bagi setiap pokok. 

4) Inokulan yang digunakan - ini sudah semestinya tidak dapat dinafikan lagi :)

5) Teknik inokulan (kaedah suntikan, jumlah dos yang digunakan dll) - selain jenis inokulan yang baik, teknik yang digunakan mempengaruhi pembentukan teras. Kini, kita lihat pelbagai teknik digunakan dari membuat satu lubang hingga membuat banyak lubang hingga ke atas pokok. Jumlah dos yang digunakan juga pasti berbeza antara pokok perladangan dengan pokok yang tumbuh secara semulajadi. Sy rasa masih banyak gap yang perlu kita selidiki bagi mendapatkan satu formula standard bagi memudahkan penanam pada masa akan datang.

6) Tempoh inokulasi - semakin lama tempoh inokulasi semakin tinggi kualiti teras yang terbentuk. Namun begitu, jika tujuan utama ialah bagi pemprosesan minyak saya rasa tidak perlulah tunggu begitu lama. Jangan sampai dapur tak berasap pula :P

7) Cuaca dan persekitaran
  
kredit: aminah saad











Saiz Pokok untuk Suntikan

Saiz Pokok untuk Suntikan


Pertamanya, pokok gaharu boleh mula diinokulasi seawal tahun ke-5 atau apabila diameter pokok telah mencapai 15cm. Jika pada usia 3 tahun, anda sudah ingin membuat suntikan tiada masalah. Cuma dicadangkan pada usia 5 tahun dan ketika diameter telah mencapai 15cm adalah lebih baik. Pokok tidak terlalu muda.

Kaedah suntikan terpulang pada anda. Namun begitu, jika anda ingin menginokulasi pokok yang muda, buatkan secara berperingkat. Jangan terus memberikan stress yang terlalu tinggi kepada pokok, jika pokok tidak dapat bertahan bukan setakat ia tidak membentuk gaharu malah mungkin menyebabkan kematian pokok.

Daripada rajah , anda bolehlah mengukur saiz pokok anda dan memulakan proses inokulasi. Jika pokok masih muda, buat secara berperingkat. Selepas 6 bulan atau 12 bulan, anda boleh menambah kuantiti inokulan yang digunakan. Daripada saiz yang diberikan ini menunjukkan pertumbuhan pokok gaharu setahun adalah 3cm/tahun.

Cara pengiraan (MAI) = diameter/tahun                                 
  = 15cm/ 5 tahun                                 
  = 3cm/tahun atau 1.18inch/tahun

Jika pokok anda terbantut, proses ini mungkin menjadi lebih lambat. Jadi anda perlu membuat satu pelan bagi pokok-pokok yang sihat, terbantut dan yang perlu diganti. Dengan perancangan ini, anda dapat membuat satu jadual tuaian kelak.

Lebih memudahkan anda untuk membuat perancangan kewangan yang diperlukan dan yang boleh dijana mengikut masa.  ada juga menjalankan percubaan inokulasi terhadap pokok ladang berusia 3 tahun dengan diameter 11cm (kurang daripada yang dicadangkan iaitu 15cm). Ini adalah sebagai ujikaji yang dilakukan bagi meilhat kesan kepada pembentukan teras gaharu tersebut di masa akan datang. Tempoh suntikan dipercepatkan namun tempoh tuaian hasil dilambatkan. Ia memberikan tempoh masa yang panjang kepada pokok untuk membentuk gaharu.


kredit: aminah saad










Nilai Minyak Ekstrak Gaharu Mampu Cecah Ribuan Ringgit - Pakar

Nilai Minyak Ekstrak Gaharu Mampu Cecah Ribuan Ringgit - Pakar


Oleh JOSEPHINE JALLEH

GEORGE TOWN: Bahan daripada pokok gaharu di mana minyaknya diekstrakkan itu mendapat permintaan tinggi di Timur Tengah dengan harga yang lumayan sehingga mencecah RM20,000 per kilogram, menurut seorang ahli akademik universiti.

Pensyarah Fakuliti Sains Biologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Baharuddin Salleh berkata, minyak yang diekstrakkan menggunakan bahan daripada pokok dengan nama saintifiknya aquilaria malaccensis mampu memberi hasil ribuan ringgit, bergantung pada kualiti dan grednya.

“Kenapa nilainya begitu tinggi? Saya tidak dapat menjawabnya.

“Ia adalah sama apabila orang bertanya kenapa nilai emas tinggi,” katanya pada Khamis.

Beliau menambah, ekstrak minyak pokok itu biasanya digunakan dalam minyak wangi, ubat-ubatan dan kadang-kala sebagai bahan untuk mencuci pakaian dan bahan linen oleh orang kaya Arab.

“Bahagian-bahagian lain di pokok gaharu turut berguna seperti daunnya digunakan dalam minuman teh manakala sisa-sisa kayu dapat dijadikan sebagai colok,” katanya.

Beliau menjelaskan negara-negara Timur Tengah mengimport kayu dan minyak gaharu dari Vietnam, Thailand, Myanmar, Indonesia termasuk Malaysia.

Baharuddin mengulas mengenai laporan bersiri akhbar The Starberhubung kegiatan penebangan haram pokok gaharu di Pulau Pinang dan indisen terbaru berlaku di Bukit Gambier.
Kerajaan negeri telah mengisytiharkan akan mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti penebangan haram itu.

Kegiatan haram itu didakwa melibatkan sindiket tempatan yang bekerjasama dengan pihak asing menebang pokok gaharu yang amat bernilai di hutan hujan berhampiran Botanic Gardens serta beberapa kawasan lain.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang memandang serius terhadap perkara itu berkata, operasi akan diadakan bersama pihak polis untuk membanteras kegiatan tersebut.

Baharuddin berkata, pokok Aquilaria malaccensis boleh didapati dengan meluas di Malaysia, tetapi kurangnya kesedaran mengenai potensi pokok berkenaan.

“Malaysia sebenarnya ketinggalan di belakang berbanding dengan negara-negara jiran yang lebih maju dalam industri gaharu.

“Tidak banyak perladangan pokok gaharu di Malaysia kerana ia masih di baru tetapi masa depan gaharu begitu cerah,” kata beliau.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk M Samarajoo berkata, pihaknya akan memulakan siasatan sekiranya terdapat maklumat atau laporan mengenai rasuah yang berkaitan dengan kegiatan penebangan haram.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Perhutanan negeri bagi membuat laporan mengenai penebangan haram di talian 04-826 2716, 04-650 5250, 017-590 9909 atau 016-931 8059.






Thailand : Peneraju Dan Pakar Pengeluaran Gaharu

Thailand : Peneraju Dan Pakar Pengeluaran Gaharu


Thailand : Industri Gaharu

SEBUT sahaja gaharu, kita pasti akan terbayang pati minyaknya yang bernilai tinggi itu.
Atau kalau tidak pun, tumpuan kita akan terarah kepada kayu teras berwarna gelap di tengah-tengah batang pokok itu yang harganya boleh mencecah ribuan ringgit sekilogram.
Di Thailand, ia lebih daripada itu.


Industri gaharu yang sudah bertapak lebih 30 tahun di negara jiran itu menyaksikan produk-produk berasaskan gaharu semakin giat dipelbagaikan.


Daripada produk penjagaan diri sehinggalah kepada minuman dan pelbagai barangan cenderahati, industri gaharu di Thailand sedang melalui proses inovasi yang dijangka akan membawanya pergi lebih jauh.


“Itulah perkembangan yang sedang berlaku di Siam ketika ini,” kata Prof. Auma Tasa, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Agarwood Network (Thailand) Co. Ltd. (ANT).
Syarikat berpejabat di Ladkrabang, Bangkok itu adalah pemegang paten sejenis vaksin yang mampu mendorong pokok karas menghasilkan resin gaharu pada kadar lebih cepat dan menyeluruh.


“Syarikat kami menghasilkan pelbagai produk hiliran berasaskan gaharu dan setakat ini sambutan terhadap produk-produk yang kami hasilkan, khususnya dalam kalangan pembeli di Timur Tengah, sangat memberangsangkan,” katanya kepada peserta-peserta lawatan selama 8 hari itu ketika berada di Ladang Sok Chai, wilayah Rayong, salah satu daripada 76 wilayah di negara jiran itu.


Kunjungan ke ladang itu yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kachet, pekan paling hampir, adalah untuk melawat kilang mengekstrak pati minyak gaharu serta bilik pameran yang memperagakan pelbagai produk hiliran gaharu keluaran syarikat berkenaan.


“Teras perniagaan syarikat kami adalah memasarkan teknologi vaksin. Tetapi pada masa yang sama, kami juga melakukan inovasi untuk mempelbagaikan kegunaan gaharu dalam kehidupan seharian,” katanya.


Ladang seluas 100 ekar yang masih di peringkat awal pembangunan itu mula beroperasi sejak setahun lalu.Ia dibangunkan secara usaha sama dengan sebuah syarikat tempatan di sana dengan kos mencecah 6 juta bath (RM600,000).


Berhampiran pintu masuk ke ladang itu tersergam sebuah bangunan kayu yang dijadikan ruang pameran produk-produk hiliran berasaskan gaharu. Pelbagai jenis sabun berasaskan gaharu Di ruang pameran itu tersusun beberapa rak yang menempatkan pelbagai jenis barangan termasuk sabun mandi, syampu, balsam, lingkaran dan kon penghalau nyamuk, minyak wangi, teh dan kopi gaharu, barangan cenderahati, krim pencerah kulit, minyak aroma terapi, minyak urut serta penyegar udara dan dijual pada harga antara RM10 dan RM100.


“Semua barangan ini dihasilkan oleh penduduk di kawasan sekitar. Kami bekalkan mereka dengan bahan-bahan mentah dan mereka mengambil upah untuk menghasilkan produk. Ada juga produk yang dibuat sendiri oleh pekerja-pekerja di ladang ini,” kata Prof Auma. Ladang itu mempunyai 15 orang pekerja tetap.


Balsam dan minyak angin adalah antara barangan yang dihasilkan Penduduk kampung yang terbabit dalam aktiviti industri kecil dan sederhana itu dilatih terlebih dahulu oleh syarikat usaha sama tersebut bagi memastikan kualiti produk yang mereka hasilkan menepati piawaian.


“Ini adalah salah satu usaha kami untuk membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk di kawasan sekitar,” jelasnya sambil membayangkan pembukaan beberapa kilang pembuatan produk di kawasan itu pada masa akan datang.


Buat masa ini, produk-produk tersebut hanya dijual secara eksklusif di bilik pameran itu yang kerap menjadi lokasi persinggahan pelabur-pelabur dari negara-negara Timur Tengah.
Suei, penjaga bilik pameran bersama barangan cenderahati yang mereka dijual Biasanya, apabila pelabur-pelabur Arab singgah ke sini, soalan paling lazim yang mereka akan tanyakan ialah berapa banyak kami boleh bekalkan kepada mereka setiap bulan.
“Buat masa ini, kami tidak mampu memenuhi permintaan mereka kerana perniagaan ini masih di peringkat awal.


“Tapi kami teruja kerana konsep yang kami ketengahkan ini mendapat perhatian,” katanya.
Menurut Prof. Auma, terdapat kira-kira 50 syarikat di Thailand yang terbabit dalam industri gaharu tapi kebanyakannya lebih memberi tumpuan kepada aktiviti mengekstrak pati minyaknya.



“Tidak banyak syarikat yang terbabit dalam pembuatan produk-produk hiliran gaharu,” jelasnya.

Pelbagai jenis syampu dan perapi rambut Terletak kira-kira 200 meter dari bilik pameran, kelihatan pula sebuah bangunan dua tingkat berukuran kira-kira 5 meter x 10 meter.
“Ini adalah kilang untuk mengekstrak pati minyak gaharu,” jelas Prof. Auma mengenai bangunan yang tampak ringkas buatannya itu.


Tingkat atas bangunan itu menempatkan ruang pengeringan cebisan-cebisan kayu karas selepas dihancurkan menggunakan mesin. Ruang pengeringan Suhu di dalamnya sangat panas umpama berada di dalam sebuah ketuhar besar kerana bumbung dan dindingnya diperbuat daripada kepingan zink.


“Ia dibuat sedemikian rupa kerana cebisan-cebisan kayu yang sudah dimesin perlu dikeringkan “tiga kali panas”,” kata Prof. Auma.


Beliau merujuk kepada proses mengeringkan cebisan-cebisan kayu itu selama tiga hari untuk memastikan ianya benar-benar kering kerana sekiranya cebisan kayu itu masih mengandungi air, ia mudah ditumbuhi kulat.


“Itu boleh menjejaskan kualiti pati minyak yang terhasil,” Prof. Auma menjawab soalan seorang peserta lawatan itu.


Jika hujan turun atau matahari tidak cukup terik, kerja mengeringkan cebisan kayu itu masih boleh dilakukan di ruang itu menggunakan bahan api yang dinyalakan di bawah kepingan zink yang digunakan untuk menjemur cebisan-cebisan kayu itu, tambahnya.


Setelah cukup kering, cebisan-cebisan kayu itu dimasukkan ke dalam bekas plastik berpenutup dan direndam dengan air bersih sehingga dua minggu sebelum dipindahkan ke bilik di tingkat bawah bangunan itu untuk proses mengekstrak pati minyaknya. Cebisan kayu gaharu direndam selama dua minggu Cebisan-cebisan kayu itu kemudian dimasukkan bersama air rendamannya ke dalam bekas pemanasan bertekanan di bilik berkenaan. Ada 12 bekas kesemuanya.


Mengekstrak pati minyak adalah satu proses yang panjang.

Dengan suhu yang dikawal di antara 80-100 darjah Celsius, kandungan di dalam bekas yang diperbuat daripada aluminium itu dididihkan menggunakan bahan bakar selama satu minggu tanpa henti bersamaan 168 jam!


Wap yang terhasil kemudian akan memasuki saluran dan balang-balang kaca di atasnya yang nampak sangat kompleks susunannya dan dalam proses itu, campuran air dan minyak akan terpisah.


Air yang terhasil melalui proses penyulingan itu didakwa mempunyai khasiat kesihatan walaupun rasanya sangat kelat. Pati minyak gaharu selepas proses mengekstrak. (Photo credit: Claymark Albert) Minyak yang diperolehi pula kemudian dipindahkan ke dalam bekas lain untuk dikumpul sebelum dipasarkan.


Proses mengekstrak pati minyak gaharu memang agak rumit tetapi menurut Prof. Auma minyak itu boleh dijual pada harga sekitar RM3,000 satu tola di pasaran Thailand, bergantung kepada grednya. (Satu tola bersamaan 12.5 ml).


“Untuk menghasilkan 1 hingga 2 tola pati minyak gaharu, kami memerlukan sekitar 30 kilogram kayu kering,” katanya sebelum menambah buat masa ini kilang tersebut mampu menghasilkan sehingga 2 liter pati minyak gaharu dalam sebulan.


“Itupun banyak bergantung kepada bekalan bahan mentah,” katanya lagi.
Banyak lagi produk hiliran lain yang boleh dihasilkan daripada pokok gaharu.
Memberikan contoh, alas untuk gelas daripada kayu gaharu adalah sesuatu yang boleh difikirkan.


Sementara pucuk pokok gaharu boleh dijadikan teh, daun tua boleh dijadikan bantal dengan teknologi tertentu.


“Produk-produk seumpama itu belum ada di mana-mana. Kita perlu kreatif untuk mempelbagaikan produk hiliran berasaskan gaharu yang mempunyai prospek perniagaan sangat baik,” kata Prof Auma yang mana syarikatnya turut menghasilkan kayu hiasan berasaskan gaharu untuk memenuhi permintaan di Timur Tengah.







agarwood thailand antara pihak yang pakar tentang gaharu di thailand.




Potensi Pasaran Gaharu

Potensi Pasaran Gaharu


Turut dikenali sebagai 'Kayu dari Tuhan' atau 'Emas Hitam', harga untuk teras gaharu di pasaran tempatan ialah antara RM 1,000 hingga RM25,000 sekilogram. Selain dijual dalam bentuk teras kayu, ia juga boleh diekstrak untuk dijadikan pati minyak dan boleh dijual di antara harga RM350 hingga RM1200 setola (1 tola = 12 ml). Jika dijual dalam bentuk ketulan kayu, ia boleh dijual dari harga RM4 hingga RM 350 sekilogram. 

Yang membezakan harga antara produk gaharu ialah gred dan mutu produk itu. 

Pada waktu ini, pasaran gaharu dunia hanya dapat menampung 20 peratus daripada permintaan sebenar, menjadikannya satu bidang yang boleh menjanjikanpendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya. 

Walaupun hanya memenuhi satu per lima daripada permintaan, transaksi pasaran dunia bagi industri gaharu bernilai kira-kira RM200 juta dan dikatakan berpotensi untuk berkembang, sehingga RM3 bilion diperuntuk jika mampu memenuhi keperluan pasaran. 












Teknik Inokulasi Gaharu

Teknik Inokulasi Gaharu


Teknik Inokulasi Gaharu 

Fusarium yang di inokulasi ke jaringan pohon itu sebenarnya kuman penyebab penyakit. Oleh karena itu pohon gaharu itu melawan dengan memproduksi resin bernama fitoaleksin supaya kuman tak menyebar ke jaringan pohon lain. Seiring waktu, resin itu mengeras di sudut sudut pembuluh xylem dan floem – organ pohon yang mendistribusikan makanan berwarna kecokelatan, serta harum bila dibakar. 

Mengingat jenis isolate penyakit pembentuk gaharu berbeda beda sesuai kondisi iklim dan lingkungan, maka penyedia inokulan perlu melakukan isolasi jenis penyakit yang berprospek memproduksi gaharu. Isolasi ini dilakukan terhadap tanaman gaharu alam yang berada di dalam kawasan hutan sekitar daerah pengembangan. Untuk tujuan tersebut, perlu diawali dengan pengamatan lapangan untuk mempelajari aspek gaharu yang tumbuh alami serta mengisolasi dan mengidentifikasi jenis penyakit dari pohon yang terserang. 

Agar berhasil mengembangkan inokulan pembentuk gaharu, diperlukan teknik tertentu. Untuk hal ini, sangat diperlukan peran dari pemerintah daerah instansi atau lembaga terkait, perguruan tinggi, dan investor atau pengusaha swasta didaerah setempat sebagai pelaku produksi inokulan. Adapun tahapan teknik pengembangan inokulan sebagai berikut: 

o Pilih pohon gaharu alami yang sudah terinfeksi mikroba penyakit pembentuk gaharu.

o Ambil potongan cabang atau kupasan batang pohon gaharu terpilih. Potongan cabang atau kupasan batang ini disebut Preparat€Â.

o Bawa preparat tersebut ke Laboratorium dan upayakan agar suhu dan kelembapan nya tetap terjaga dengan cara dimasukkan dalam kotak es.

o Kembangkan spora dari preparat cabang dan atau batang tersebut di dalam media agar untuk diidentifikasi jenis mikrobanya sebagai biakan murni.

o Kembangkan spora dan miselium biakan murni tersebut kedalam media padat seperti serbuk gergaji pohon gaharu atau dalam media cair ang telah berisi unsur makro dan mikro sebagai energi hidup.

o Masukkan media spora kedalam incubator pembiakan dan kondisikan suhu dan kelembapan incubator pembiakan tersebut pada keadaan optimal, yaitu suhu 24 - 32C dan kelembapan 80%. Biarkan sekitar 1 – 2 bulan.

o Tempatkan spora yang sdah dibiakkan tersebut kedalam wadah berupa botol kaca, botol plastic, atau botol infuse bekas.

o Simpan botol dalam freezer incubator. Inokulan ini sudah siap diinokulasikan ke tanaman gaharu.

Teknik inokulasi dengan inokulan terhadap pohon gaharu berbeda beda sesuai dengan bentuk inokulannya. Pada pelaksanaan penginokulasian terhadap pohon gaharu ini, harus diperhatikan umur dan diameter batangnya. Batas minimal suatu pohon dapat di inokulasi ditandai dengan pohon yang mulai berbunga. Biasanya umur tanaman tersebut sekitar 4 – 5 tahun atau diameter batang sudah mencapai 8 – 10 cm. Berikut diulas teknik inokulasi menggunakan inokulan padat dan cair.


Inokulasi dengan inokulan padat. 

Teknik inokulasi pohon gaharu menggunakan inokulan padat dilaksanakan dengan cara sebagai berikut: 

o Buat lubang pada batang kayu gaharu dengan menggunakan bor. Diameter lubang bor sekitar 0,8 – 10 mm. Kedalaman optimal pemboran ini perlu disesuaikan dengan ukuran diameter batang, biasanya sekitar 5 cm. Setiap batang dibuatkan banyak lubang dengan jarak antar lubang bor sekitar 20 cm.

o Bersihkan tangan pelaku inokulasi dengan air hingga bersih dan dibilas dengan alcohol sebelum pelaksanaan inokulasi.

o Masukkan inokulasi padat ke setiap lubang. Jumlah inokulan disesuaikan dengan kedalaman lubang. Sebagai patokan, pemasukan ini dilakukan hingga lubang terisi penuh dengan inokulan. Agar pemasukan menjadi mudah, gunakan potongan kayu atau bamboo yang ukurannya sesuai dengan ukuran diameter lubang.

o Tutup setiap lubang yang sudah diberi inokulan untuk mnghindari masuknya air ke dalam lubang. Penutupan lubang ini dilakukan dengan pasak kayu gaharu. Penutupan pun dapat dilakukan dengan “lili malamâ€Â


Inokulasi dengan inokulan cair. 

Teknik inokulasi menggunakan inokulan cair dilaksanakan dengan cara sebagai berikut:

o Lakukan pengeboran pada pangkal batang pohon dengan posisi miring kebawah. Kedalaman pemboran disesuaikan dengan diameter batang pohon, biasanya 1/3 diameter batang. Sementara mata bor yang digunakan berukuran sama dengan selang infus sekitar 0,5 cm. Selang infuse tersebut biasanya sudah disediakan produsen inokulan pada saat pembelian inokulan. Namun, bila belum tersedia, selang infuse dapat disediakan sendiri oleh petani.

o Masukkan selang infus yang ada pada botol inokulan cair kedalam lubang.

o Atur besarnya aliran inokulan cair tersebut. Hentikan aliran infuse bila cairan inokulan sudah keluar dari lubang.

o Tutup bagian tepi disekitar selang infuse dengan menggunakan “lilin malamâ€Â.

o Ulangi pengaturan aliran masuknya cairan infuse kedalam lubang setiap 1 – 2 hari, tergantung keadaan cairan dalam lubang. Pengaturan aliran dilakukan bila lubang sudah tidak terdapat lagi cairan inokulasi.

o Laksanakan penginokulasian ini hingga inokulan cair didalam botol infuse tersebut habis. Penginokulasian diulang kembali dengan botol inokulasi baru, bila belum ada tanda tanda kematian fisik dan fisiologis.


Di sadur dari buku:

Budidaya Gaharu karya Yana Sumarna 2002.Potensi dan peluang bisnis tanaman Gaharu di AsahanKarya Mujiono 2008.





contoh suntikan


Hubungi perunding projek gaharu Yds :

Hafiz : 0123969017

Haley : 0173214917


Konsesi Utama pelopori industri produk kayu gaharu

Konsesi Utama pelopori industri produk kayu gaharu


KOMODITI ini terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.Kayu gaharu - termasuk di dalam genus ‘Aquilaria’ adalah antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.

Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5,000 hingga RM60,000; Candan Gajah (RM180,000 hingga RM200,000) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula dianggarkan bernilai 10 kali ganda dari kayunya. 

Di seluruh dunia, pokok gaharu yang dikenali sebagai Agarwood menjadi pilihan ramai berikutan kebolehannya mengeluarkan aroma menyenangkan dan menjadi kegemaran masyarakat di rantau Asia Barat. 

Keistimewaan gaharu turut menyebabkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berusaha menjadikan negara ini sebagai pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh enam tahun akan datang selepas mendapati hasil daripada penanaman pokok karas amat lumayan, sehingga mencecah RM800,000 untuk kawasan 0.4 hektar. Buat masa ini, Malaysia adalah negara ketiga terbesar dunia sebagai pengeluar gaharu selepas India dan Indonesia, tetapi FRIM menjangka negara ini mampu menjadi pusat pengeluar gaharu terbesar di rantau Asia dalam tempoh yang disasarkan itu. 

Permintaan dunia terhadap produk gaharu yang berguna dalam penghasilan kosmetik dan perubatan pula kini dianggarkan 4.5 juta kilogram dengan nilai RM18.4 bilion setahun. 

Walaupun produk daripada kayu gaharu mempunyai permintaan tinggi dari seluruh dunia, tidak banyak syarikat tempatan yang menyedari potensi tanaman itu untuk dikomersilkan secara menyeluruh. 

Jika ada sekali pun, kebanyakannya tidak mampu bertahan lama kerana penghasilan rangkaian produk kayu gaharu bukan saja membabitkan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, malah ia membabitkan konsep metafizik. 

Antara syarikat tempatan yang berjaya mengkomersialkan sepenuhnya tanaman itu ialah Konsesi Utama (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 2000 untuk mempelopori usaha menjadikan kayu gaharu sebagai satu perniagaan berdaya maju. 

Syarikat yang mempunyai kilang pengeluarannya sendiri di Bandar Teknologi Kajang itu ditubuhkan oleh usahawan gigih, Norazlan Lumi yang telah menjalankan kajian mengenai manfaat kayu gaharu selama lebih 10 tahun. 

Beliau adalah pengasas dan Pengarah Urusan Konsesi utama iaitu satu-satunya syarikat Malaysia yang menghasilkan rangkaian produk daripada keseluruhan kayu gaharu bermula daripada akar hingga ke batangnya. 

Norazlan, 50, sebelum itu adalah kontraktor kelas F yang mengambil keputusan beralih ke bidang keusahawanan berikutan kekangan jumlah projek yang boleh dikendalikannya selain minatnya ke arah produk kayu gaharu semakin berputik. 

“Pada awalnya, saya berhasrat menceburi bidang pertanian tetapi menyedari persaingan sengit dalam industri itu menyebabkan saya menyelidik tanaman lain yang belum dikomersilkan sepenuhnya. 

“Sekitar tahun 2000, saya mula didedahkan dengan kayu gaharu yang diperoleh daripada orang Asli dari hutan seluruh negara. Penjualannya adalah secara kecil-kecilan,” katanya ketika ditemui di kilangnya baru-baru ini. 

Norazlan berkata, usaha itu berterusan untuk beberapa tahun dan pada masa sama beliau gigih menjalankan kajian bagi mendapatkan ekstrak kayu gaharu menerusi usahanya sendiri tanpa mendapatkan sebarang geran bantuan penyelidikan daripada mana-mana agensi. 

Bagaimanapun, katanya selain mengadunkan bidang sains dan teknologi, pengusaha kayu gaharu tidak boleh sama sekali mengenepikan peranan bidang metafizik dalam mengusahakan tanaman itu. 

“Kita sendiri maklum bahawa tanaman itu diambil daripada khazanah alam yang berharga, justeru langkah memprosesnya perlu dijalankan secara tertib antaranya jika boleh sentiasa berwuduk dan menjaga kebersihan sekeliling ketika memproses. 

“Jika amalan itu dikekalkan, Insya-Allah perniagaan kayu gaharu boleh diusahakan sehingga berjaya,” katanya. 

Pada 2005, syarikat itu melangkah setapak apabila mula mengendalikan kilang untuk menghasilkan ekstrak daripada kayu gaharu dengan menggunakan empat dapur pemproses membabitkan pelaburan kira-kira RM25,000. 

“Kini, syarikat mempunyai 36 dapur pemproses untuk mendapatkan ekstrak daripada kayu gaharu,” katanya. 

Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat itu termasuk minyak gaharu asli, minyak wangi gaharu asli, teh gaharu, setanggi gaharu, tikar dan tasbih gaharu, krim kulit gaharu dan produk hiliran minyak lintah gaharu. 

Buat masa ini, Norazlan berkata rangkaian produknya adalah untuk pasaran luar negara dengan rantau Asia Barat menjadi penyumbang utama hasil jualan syarikat iaitu kira-kira 90 peratus. 

Konsesi Utama terus melangkah maju apabila berjaya memperoleh geran bernilai RM500,000 daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi membolehkannya menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit daripada kayu gaharu. 

Kajian itu dilaksanakan menerusi kerjasama syarikat dengan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia, sebuah anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 

Pada masa sama, Norazlan berkata Konsesi Utama terus melangkah maju apabila membuka kilang sulungnya di luar negara iaitu di Padang, Indonesia pada akhir tahun lalu dengan sasaran menembusi pasaran serantau. 

Katanya, syarikat turut menjalin kerjasama penyelidikan dengan institusi pengajian tinggi terkemuka republik itu, Universiti Bogor untuk mengkaji khasiat tanaman berkenaan. 

Paling membanggakan, katanya Konsesi Utama turut dilantik oleh kerajaan Kemboja sebagai penasihat dalam industri perusahaan dan tanaman kayu gaharu selepas berjaya membuktikan peranannya dalam perkembangan industri itu di Malaysia. 

Pada masa ini, Norazlan turut dibantu oleh anak sulungnya, Norsharizam, 28, kini ketua eksekutif syarikat yang berperanan mengukuhkan pasaran rangkaian produk Konsesi Utama. 

Norsharizam berkata, syarikat berhasrat mengukuhkan rangkaian pemasarannya di dalam negara memandangkan terdapat permintaan luas terhadap produk itu yang kurang disedari masyarakat. 

“Permintaan terhadap kayu gaharu tidak akan putus selagi kegunaannya dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

sumber : internet




ladang gaharu di gopeng, perak


Hubungi perunding projek gaharu Yds :

Hafiz : 0123969017

Haley : 0173214917