Tuesday 21 January 2014

Saiz Pokok untuk Suntikan

Saiz Pokok untuk Suntikan


Pertamanya, pokok gaharu boleh mula diinokulasi seawal tahun ke-5 atau apabila diameter pokok telah mencapai 15cm. Jika pada usia 3 tahun, anda sudah ingin membuat suntikan tiada masalah. Cuma dicadangkan pada usia 5 tahun dan ketika diameter telah mencapai 15cm adalah lebih baik. Pokok tidak terlalu muda.

Kaedah suntikan terpulang pada anda. Namun begitu, jika anda ingin menginokulasi pokok yang muda, buatkan secara berperingkat. Jangan terus memberikan stress yang terlalu tinggi kepada pokok, jika pokok tidak dapat bertahan bukan setakat ia tidak membentuk gaharu malah mungkin menyebabkan kematian pokok.

Daripada rajah , anda bolehlah mengukur saiz pokok anda dan memulakan proses inokulasi. Jika pokok masih muda, buat secara berperingkat. Selepas 6 bulan atau 12 bulan, anda boleh menambah kuantiti inokulan yang digunakan. Daripada saiz yang diberikan ini menunjukkan pertumbuhan pokok gaharu setahun adalah 3cm/tahun.

Cara pengiraan (MAI) = diameter/tahun                                 
  = 15cm/ 5 tahun                                 
  = 3cm/tahun atau 1.18inch/tahun

Jika pokok anda terbantut, proses ini mungkin menjadi lebih lambat. Jadi anda perlu membuat satu pelan bagi pokok-pokok yang sihat, terbantut dan yang perlu diganti. Dengan perancangan ini, anda dapat membuat satu jadual tuaian kelak.

Lebih memudahkan anda untuk membuat perancangan kewangan yang diperlukan dan yang boleh dijana mengikut masa.  ada juga menjalankan percubaan inokulasi terhadap pokok ladang berusia 3 tahun dengan diameter 11cm (kurang daripada yang dicadangkan iaitu 15cm). Ini adalah sebagai ujikaji yang dilakukan bagi meilhat kesan kepada pembentukan teras gaharu tersebut di masa akan datang. Tempoh suntikan dipercepatkan namun tempoh tuaian hasil dilambatkan. Ia memberikan tempoh masa yang panjang kepada pokok untuk membentuk gaharu.


kredit: aminah saad










No comments:

Post a Comment