Tuesday 28 July 2015

Pesona ladang gaharu Gopeng






GOPENG 28 Feb. - Terletak hampir tiga kilometer dari pekan Gopeng, siapa sangka wujudnya sebuah ladang gaharu seluas 120 hektar di tengah-tengah Kampung Sungai Itik dan Kampung Pintu Padang.

Persis Tembok Besar Cina sepanjang tiga meter, kawasan agropelancongan terbaharu di negeri Perak itu mempunyai potensi besar menarik kunjungan pelancong asing mahupun rakyat tempatan.

Apa tidaknya, gaharu yang biasanya dikenali sebagai tumbuhan liar di hutan dan sering menjadi mangsa kerakusan pembalakan kini ditanam secara komersial di ladang berbukit dengan jarak tersusun tiga meter antara satu sama lain.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah harga satu kilogram gaharu di pasaran kini bernilai RM25,000 dan ia boleh mencecah sehingga RM100,000 mengikut gred.

Dengan pembangunan ladang secara organik melibatkan kira-kira 200,000 batang pokok gaharu, kebanyakan kos operasi dikatakan tertumpu kepada penyelenggaraan kawasan ladang termasuk pembinaan jalan bagi memudahkan perjalanan keluar masuk kenderaan.

Gaharu yang dikategorikan sebagai spesies tumbuhan terancam itu memerlukan semburan enzim mikroorganisma efektif dua minggu sekali supaya boleh mencapai ketinggian antara 15 hingga 18 meter.

Menceritakan lebih lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Gaharu Technologies Sdn. Bhd., Nicklaus Ho C.W. berkata, gaharu yang ditanam secara komersial di kawasan berkenaan sejak 2008 merupakan jenis hibrid yang dikacukkan dengan 12 jenis spesies lain di Jepun.

Sehubungan itu, katanya, pokok gaharu yang ditanam di kawasan berdekatan Gua Tempurung dan Hutan Rizab Bukit Kinta itu mampu menjana hasil lebih cepat iaitu dalam tempoh tiga tahun.

"Kita juga hasilkan pelbagai jenis produk seperti teh gaharu, sup gaharu, minyak gaharu, cip kayu gaharu, mi segera gaharu, nougat, biskut dan aiskrim gaharu.

"Semua kerja pemprosesan dan pembungkusan produk kita lakukan di kilang yang turut dibuka di sini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nicklaus berkata, daun pokok gaharu yang diproses menjadi teh hijau mempunyai khasiat mengubati pelbagai jenis penyakit seperti gout, kencing manis, darah tinggi serta membantu melancarkan sistem edaran darah.

Selain boleh digunakan untuk rawatan kecantikan dan awet muda, kajian mengenai khasiat gaharu itu juga telah dijalankan bersama Sekolah Sains Farmaseutikal Universiti Sains Malaysia (USM) sejak empat tahun lalu.

"Disebabkan gaharu mempunyai permintaan yang tinggi, kita membuka cawangan perniagaan yang pertama di Hong Kong bersama-sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri pada 9 Disember tahun lalu.

"Kita juga menyasarkan untuk memasarkan produk gaharu ini ke Indonesia seperti di Jakarta, Medan dan Surabaya selain Singapura, Dubai dan menembusi pasaran di pasar raya sekitar England," katanya.

Tambah beliau, selain menerima pensijilan organik buat julung kalinya untuk produk gaharu oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani, pihaknya turut mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namun, rata-rata pengunjung yang gemar mengunjungi ladang berkenaan adalah kaum Cina kerana pokok gaharu dikatakan mendatangkan 'feng shui' yang baik kepada mereka.

Selain dapat melihat pertukaran pucuk baharu pokok gaharu pada setiap awal tahun, pengunjung juga boleh bersantai di Holistic Gaharu (Hoga) Tower yang kini dibina dan dijangka siap sepenuhnya Jun tahun ini.

Beliau berkata, pada zaman dahulu, gaharu dan sarang burung walet selalunya dimasak bersama dan digunakan kerabat diraja Cina untuk tujuan kecantikan serta resipi umur panjang.

"Seperkara lagi yang menarik di sini ialah terdapat pokok yang kita namakan 'Loving Tree' kerana terdapat satu pokok berbatang hitam dilihat seolah-olah memeluk satu lagi pohon berbatang putih.

"Penduduk di kampung ini ada mengatakan terdapat satu legenda kononnya ada seorang anak perempuan 'mat saleh' jatuh cinta kepada orang tempatan," katanya.

Selain itu, katanya, di puncak bukit ladang itu terdapat ibu pokok gaharu yang ditanam sejak 1992.



spesis gaharu manakah yang menjadi pilihan anda?




Jika diberi pilihan, spesis manakah yang menjadi pilihan anda?

A. Aquilaria crassna

B. Aquilaria hirta

C. Aquilaria Sub-Integra

D. Aquilaria malaccencis

Sila buat pilihan anda. Atas dasar apakah anda membuat pilihan tersebut. Adakah kerana nama tersebut lebih best dari biasa atau sekadar teka-teka sahaja. Pada hari ini, saya ingin berkongsikan satu maklumat dengan semua pembaca.

Menurut persidangan Gaharu Sedunia yang berlangsung di Vietnam (2004), spesis sub-integra telah di isytiharkan sebagai spesis yang menghasilkan gaharu yang bermutu tinggi dengan gred tertinggi. Jadi mungkin anda boleh memilih spesis ini untuk dipertimbangkan sebagai tanaman diladang gaharu anda.

Namun begitu, tiada kajian spesifik yang menunjukkan bahawa spesis sub-integra ini juga mampu menghasilkan gaharu bermutu tinggi jika di tanam di Malaysia. Perbezaan cuaca dan juga ciri-ciri persekitaran mungkin mempengaruhi pertumbuhan pokok gaharu ini. Di sebabkan hal ini, masih terdapat ramai penanam yang ragu-ragu dengan keadaan ini. 


Jika di lihat secara pemerhatian kasar, spesis gaharu liar yang banyak terdapat di Malaysia ialah malaccencis dan juga crassna. Mungkin juga spesis ini adalah spesis yang paling sesuai ditanam di Malaysia. Tetapi persoalannya pula, adakah spesis ini menghasilkan gaharu bermutu tinggi dan banyak?

Lesen-lesen yang diperlukan didalam industri gaharu & Kawalan Karas




Kaedah Perlesenan dan Pemantauan/ Kawalan Pengusahasilan Karas di Malaysia yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan negeri. 

Semoga mendapat sesuatu yang bermanfaat dari perkongsian ini. Kaedah pengawalan ini berkaitan dengan penuaian hasil gaharu yang tumbuh secara semulajadi.


Permohonan

1.1 Pengusaha/ kontraktor yang berminat untuk mengusahahasilan kayu gaharu dikehendaki berdaftar dengan Jabatan menggunakan borang yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah hutan di negeri masing-masing yang boleh diperbaharui dari tahun ke tahun.

1.2 Permohonan untuk mengusahahasilan kayu gaharu perlu menggunakan borang yang ditetapkan dengan mengemukakan butir-butir pelan kawasan dan keluasan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), Tanah Kerajaan (TK) atau Tanah Bermilik (TM) yang dipohon.

1.3 Pengusaha perlu mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

1.4 Keutamaan untuk mendapatkan lesen boleh diberi kepada orang asli samada secara perseorangan atau melalui Jabatan/ Koperasi.


Perlesenan

2.1 Lesen Untuk Mengambil Kayu Gaharu

i. Permohonan yang diluluskan untuk mengusahasilan kayu gaharu akan dikeluarkan Lesen Kecil ( Borang 3) bagi kawasan dalam HSK/TK dan lesen pemindah ( Borang 5) bagi TM.

ii. Wang cagaran sebanyak RM10,000 akan dikenakan bagi setiap lesen.

iii. Setiap lesen dihadkan pengeluaran sebanyak 30 kg kayu gaharu dan 1000 kg kayu karas racik sebulan.

iv. Setiap lesen akan dikenakan bayaran royalti mengikut gred yang ditetapkan oleh Jabatan pada kadar 10% ad valorem.

v. Sebarang perlanggaran syarat lesen akan diambil tindakan undang-undang termasuk membatalkan lesen dan menyenarai hitamkan pengusaha.

vi. Perlesenan akan dikenakan syarat tambahan seperti berikut :

- Dikehendaki membekalkan sebanyak 3000 anak benih tabung karas kepada Jabatan setahun
- Perlesenan dan pencari mestilah terdiri dari warganegara Malaysia
- Had diameter pokok karas yang boleh diusahasilan ialah dari saiz 20 cm dan ke atas
- Pokok karas yang sedang berbunga dan berbuah dilarang usahasilan
- Pembinaan jalan tidak dibenarkan
- Dikehendaki menghantar ' shuttle return' pada setiap bulan kepada Pejabat Perhutanan Negeri mengenai maklumat pengeluaran kayu gaharu



2.2 Lesen Untuk Berniaga Gaharu

i. Peniaga/ agen hanya boleh membeli gaharu/karas dari pemegang lesen yang diluluskan oleh Jabatan.

ii. Dikehendaki menyelenggara buku log dengan mencatatkan kemasukan dan pengeluaran (penjualan) kayu gaharu kepada pekilang atau untuk dieksport.

iii. Mengemukakan 'shuttle-return' pembelian dan penjualan kayu gaharu ke Pejabat Perhutanan setiap bulan.

iv. Mendapatkan permit CITES dari MTIB ( jika dieksport ke luar Negara).




2.3 Lesen Kilang Memproses Gaharu

i. Pengilang dikehendaki mendapatkan lesen memproses kayu gaharu mengikut peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah Hutan untuk tujuan penukaran kepada serbuk kayu atau minyak gaharu.

ii. Dikehendaki menyenggarakan buku log dengan mencatatkan kemasukan kayu gaharu, jumlah kayu gaharu yang diproses, penghasilan serbuk/ minyak gaharu yang diproses.

iii. Mengemukakan ' shuttle return' menunjukkan jumlah kemasukan dan penjualan kayu gaharu/ serbuk/ minyak gaharu ke Jabatan Perhutanan negeri.

iv. Mendapatkan permit CITES dari MTIB dengan mengemukakan lesen kilang yang diluluskan/ resit Kew. 38/ pas pemindah ( jika dieksport).

Gred kayu gaharu mengikut kegunaan.

Pengredan Kayu Gaharu Mengikut Kegunaan



Kayu Gaharu Untuk Bukhur (Wangian)


Gred Super






Gred A





Gred B





Gred C










Kayu Gaharu Untuk Minyak

Gred A (Kayu Hancur)







Gred B (Sarang Semut, Kayu Kuning & Tuto)














Gred C (Kepala Kayu & Kayu Racit)




Jadual Harga Mengikut Gred di Pasaran.

GRED HARGA (perkilogram)

SuperA  
RM 100,000 ke atas

Gred A   
RM 35,000

Gred AB 
 RM 18,000

Gred B 
RM 12,000

Gred C 
 RM 6,000

Lain-lain Gred 
RM 500 – RM 1,000


Gred Kayu untuk Minyak 
 RM 5 – RM 150


Minyak Gaharu 
 RM 500/ tola (12gm)


sumber: gaharuembun.blogspot.com

Potensi pasaran gaharu yang luas diluar negara



PASARAN ANTARABANGSA YANG LUAS


Dalam Negara

Teras di dalam pokok akan diambil setelah pokok ditebang dan dipotong mengikut bentuk dan saiz resin yang terjadi. Gaharu yang siap diproses akan menjadi kepingan dan habuk dan akan digred mengikut saiz, bentuk, warna, bau. Gaharu ini akan dijual kepada pekedai atau pengeksport.

Menurut data dari Jabatan Perhutanan, terdapat 12 buah kilang di semenanjung Malaysia pada tahun 2007. Ia terbahagi kepada industri berskala kecil dan besar. Kebiasaan skala kecil mempunyai kurang dari 10 unit dapur dan diusahakan sendiri. Manakala, pada skala besar meraka mempunyai anatara 10 – 80 dapur dan akan mengupah pekerja seramai 2 – 3 orang atau lebih. Mereka juga memerlukan kayu gaharu sehingga 500 kg sebulan bagi menampung permintaan minyak gaharu.


Luar Negara
Trade in Aquilaria malaccensis (kg) by country of import Chips, powder and timber Oil Country Year Imports reported by country of import Exports/reexports to country of import reported by country of export/re-export Import reported by country of import Exports/ re-exports to country of import reported by country of export/re-export


United Arab Emirates
1995 - 51,2562
1996 - 25,388
1997 - 52 ,429
1998 - 82 ,668
1999 - 26 ,042
2000 - 21 ,305
2001 - 10 ,303


Hong Kong
1995 - 25 ,855 40 ,275
1996 - 47 256 57 ,357
1997 - 52 684 52 770
1998 - 55 093 55 487
1999 - 63 354 66 576
2000 - 27 769 27 770
2001 - 15 787 22 973


India
1995 - 38 14 454
1996 - 15 184
1997 - 19 364
1998 - 36 867
1999 - 6 699 45 150
2000 - 24 399 37 018
2001 - 42 833 69 847


Japan
1995 - 6 629 11 159
1996 - 10 829 22 302
1997 - 10 134 20 512
1998 - 8 126 18 082
1999 - 21 119
2000 - 21 175
2001 - 20 202


Saudi Arabia
1995 - 39 885 377
1996 - 13 307
1997 - 75 392 2
1998 - 73 168
1999 - 21 616
2000 - 15 674


Singapore
1995 - 116 581 345 677
1996 - 375 882 417 130
1997 - 91 046 350 158
1998 - 33 550 173 733
1999 - 5 000 79 952
2000 - 70 950 127 899
2001 - 21 300 90,265


Taiwan(Province of China)
1995 - 211 308 1
1996 - 69 756
1997 - 121 302
1998 - 38 798
1999 - 13 951
2000 - 6 139
2001 - 45 077


Source: CITES annual report data compiled by UNEP-WCMC (excluding entries under Aquilaria spp.)


*Jika dilihat kepada statistik di atas, kita dapati hampir keseluruhan negara pengimport gaharu mengalami penurunan mendadak jumlah gaharu yang diimport. Ini adalah disebabkan;

1.Pokok Gaharu Hutan mengalami masalah kepupusan.

2. Pengeluaran Kayu Gaharu mengalami tahap kritikal.

ANGGARAN KOS DAN HASIL PENANAMAN POKOK KARAS

ANGGARAN KOS DAN HASIL PENANAMAN POKOK KARAS



Anggaran Kos Permulaan Penanaman bagi 1 ekar tanah

Membersih tanah- RM500.00·
Anak Pokok 11/2 Tahun (RM 6.00 x 1000 pokok)- RM6,000.00·
Baja Organik (25Kilo = RM 30.00 untuk 100 pokok)- RM300.00·
Kos penanaman (RM1.00 x 1000 pokok)- RM1,000.00 JUMLAH- RM 10,000.00


Anggaran Kos untuk 6 tahun Seekar Tanah:
Kos penanaman awal- RM 10,000.00·
Pembajaan ( 3 x 3 tahun x RM 300.00 )- RM2,700.00·
Penjagaan / pembersihan kawasan (RM 200 x 6 tahun)- RM1,200.00·
Kos suntikan pada tahun ke - 3 (RM50 x 1000 pokok)- RM50,000.00·
Kos penebangan pokok dan kutipan hasil - RM3,500.00·
Lain-lain kos (pagar / jagaan dsbnya)- RM5,000.00 JUMLAH- RM72,400.00

Anggaran Hasil (Anggaran hasil minimun RM700.00 sepokok). Seekar 1000 pokok;

100% RM 700,000.00







Kebun Gaharu Di belakang Rumah


Tanaman Bonsai



Tanaman Hiasan Rumah






Lanskap Gaharu di Lagong, Lebuhraya Pro Lintas Rawang Sah Alam


Penanaman Secara Kebun


Penanaman Secara Ladang (Ladang Gaharu 47 hektar di Merchang, Terengganu)


sumber :
gaharuembun.blogspot.com

Perkara- perkara Penting dalam Penanaman dan Penjagaan Pokok gaharu/Karas

PENANAMAN DAN PENJAGAAN TIDAK RUMIT

Perkara- perkara Penting dalam Penanaman dan Penjagaan Pokok Karas;

Pemilihan Species 

Aquilaria Crassna, A. Subintegra dan A. Malaccensis adalah species penghasil teras gaharu dengan aroma yang sangat disenangi masyarakat Timur Tengah, sehingga memiliki harga paling tinggi dan minyak berkualiti. 



Tempat Penanaman pokok karas sesuai dijalankan. 

Tanah terbiar
Kawasan rezab hutan simpan
kawasan pembalakan yang telah diterokai.Dijalankan secara pertanian hutan ladang dan diintergrasikan dengan pelbagai tanaman lain seperti herba, getah dan tanaman komoditi.




Pokok Gaharu diintegrasi bersama pokok getah.



Pokok Gaharu bersama Pokok Pisang.





Pokok Gaharu bersama Pokok Durian


Jarak antara lubang 

Teknik menanam adalah dengan menggali lubang dalam jarak ukuran 6 kaki x 6 kaki . Anak pokok dikeluarkan dari politena bag dan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dengan kedalaman 1 kaki. Tanah dipermukaan dipadatkan untuk memastikan akar bersentuhan rapat dengan tanah.Kadar pembajaan bagi tiap-tiap lubang iaitu dengan kadar baja NPK 15:15:15: sebanyak 40 - 50 gm semasa proses penanaman.



Pemeliharaan.

Pokok-pokok karas yang ditanam perlu dibersihkan dari gangguan pokok lain sekitar 50 cm untuk mengelakkan persaingan hidup. Kerja-kerja ini dilakukan 2 - 3 kali setahun sehingga pokok berusia 4 tahun.

Pembajaan dapat dilakukan sekali antara 3 bulan atau 6 bulan dengan baja NPK atau organik dengan dos rendah (5 gr/tanaman) setelah tanaman berumur 1 tahun, kemudian dosnya bertambah sesuai dengan besarnya batang tanaman. 

Hama tanaman gaharu yang perlu diperhatikan adalah kutu putih yang hidup di permukaan daun bawah, iaitu apabila cuaca lembab. Pencegahan dilakukan dengan penyemboran pestisida (ubat Pembunuh Hama ) seperti Tiodane, Decis, Reagent., dll Pembersihan gulma dapat dilakukan sekali dalam 3 bulan atau pada saat dipandang perlu.


sumber asal:
gaharuembun.blogspot.com

POKOK GAHARU MEMPUNYAI NILAI PERUBATAN YANG TINGGI

POKOK GAHARU MEMPUNYAI NILAI PERUBATAN YANG TINGGI


Kandungan GaharuKandungan kimia yang terdapat dalam gaharu merupakan komponen-komponen yang terdiri daripada; sesquiterpenes, sesquiter-pene alcohol, kompoun oxygenated dan chromone.Selain itu, ia juga terdiri daripada komponen-komponen agarospiral, jinkohol-eramol, jinkool yang menghasilkan aroma gaharu.Justeru itu ia digunakan dalam industri perubatan secara meluas.


Dalam perubatan islam (tercatat dalam Kitab Qanun Fi Tib karangan Ibnu Sina), pokok karas digunakan sebagai ubat menghilangkan kahak, mengubati Asma, Batuk, Saluran penafasan tersumbat, Bengkak limpa dan hati, menguatkan hati danLemah tenaga batin.


















Kitab Qanun Fi Tib & Kitab Tazkirah fi Ulul al-Bab

Salah satu syarikat di luar negara ( Syarikat Agar Harvest ) menjadi pengeluar utama kepingan pokok karas untuk perubatan. Ianya berkesan untuk penyakit Thyroid, Cancer dan Asthma.


sumber asal:
gaharuembun.blogspot.com
MINYAK TERMAHAL DI DUNIA (MINYAK GAHARU)


Kayu Gaharu yang bermutu rendah akan diproses untuk dijadikan minyak. Minyak dihasilkan menggunakan kaedah penyulingan Stim.

i) Kayu karas dikisar halus dan direndam selama 7-14 hari utk memisahkan sel parenkima dan kalenjar minyak
ii) Kayu yang telah di rendam kemudiannya akan disuling didalam radas Clavenger selama 6 jam.


Minyak yang terhasil mengeluarkan aroma gaharu dan mempunyai warna pelbagai dari perang kehijauan hinggalah ke perang kemerahan gelap


Harga Minyak Gaharu





Oud RoyalePrice: US$390.00
*The best Oud oil ever distilled, this is the Sultan of Oud
*Smells just like the smoke of precious agarwood when burned
*100% pure, from sinking-grade agarwood
*A truly Royal gift
*3 grams






Name : Agarwood Oil (Malaysian)
Weight : 1 Tola (12 gm)
Complete Set : 1
Description : A brown oily liquid with a Malaysian scent
Scent : Malaysian
Price : US $ 200.00


sumber asal:
http://gaharuembun.blogspot.com

kenapa tanaman gaharu menjadi pilihan






 pokok gaharu yang ditanam di kawasan rumah



  • Tidak memerlukan kawasan yang luas, hanya sekadar 1 - 2 ekar (2 ribu pokok)

  • Modal permulaan yang sedikit, sekitar RM10,000.00 bagi seekar.

  • Modal inokulasi  pada tahun  ke 3 & 4 RM50.00 perpokok.

  • Jangka masa diambil hasil sekitar 6 - 7 tahun.

  • Hasil begitu lumayan. Anggaran RM1,000.00 perpokok x 1,000 pokok = 1 juta.

  • Pasaran meliputi semua Negara Arab Teluk, China, Taiwan, Jepun dan lain-lain.

CARA MEMPEROLEHI GAHARU GRED A MELALUI KAEDAH SUNTIKAN


CARA MEMPEROLEHI GAHARU GRED A MELALUI KAEDAH SUNTIKAN





BAGAIMANA CARA MEMPEROLEHI GAHARU GRED A MELALUI KAEDAH SUNTIKAN.


Formula memperolehi teras gaharu gred A melalui kaedah suntikan. Setelah 6 tahun terlibat secara langsung dengan inokulasi pokok gaharu (sama ada yang di tanam atau pokok gaharu hutan),kini saya telah memperolehi formula yang mungkin boleh menolong memperolehi teras gaharu gred A melalui cara suntikan.Telah terbukti ianya berjaya, walaupun tidak 100%



KENAPA PERLU MEMPEROLEHI TERAS GAHARU GRED A ATAU B?

1. Hanya kedua gred ini di minati oleh pembeli arab.
2. Kedua gred ini di gunakan untuk di bakar (bukhur).
3.Gred C hanya digunakan untuk di buat colok dan di hantar ke Taiwan.
4.Gred D kebawah di gunakan untuk di buat minyak gaharu.
5.Amat tidak berbaloi jika hanya memperolehi gred C dan kebawah kerana harganya terlalu rendah.



BAGAIMANA MEMPEROLEHI TERAS GAHARU GRED A

1. Pemilihan spesis gaharu yang betul semasa menanam.
2. Sistem suntikan hanya untuk memperolehi teras gred A atau B sahaja.
3. Pengggunaan Ubat suntikan yang sesuai.
4. Dos yang sesuai dengan saiz pokok
5. Tempoh masa menungggu selepas suntikan mestilah antara 2-2 1/2 tahun.



1. PEMILIHAN SPESIS ANAK BENIH GAHARU SEMASA MENANAM.

Rata-rata penduduk malaysia menanam anak benih gaharu spesis subintegra .Kategori anak benih Subintegra,
1. Batang warna Hitam, Merah dan Kuning - sesuai untuk menghasilkan teras dan minyak
2. Batang warna Putih - sesuai untuk menghasilkan minyak



2. SISTEM SUNTIKAN HANYA UNTUK MEMPEROLEHI GRED A ATAU B.

Sistem suntikan yang banyak di gunakan di Malaysia,
1. Satu lubang - sesuai untuk Teras gred A dan B
2 Menggunakan buluh - sesuai untuk Teras.
3. Melebihi satu lubang - sesuai untuk Ukiran (gred C)
4. Banyak lubang - Sesuai untuk Minyak (gred D dan kebawah)
5. Sapu ubat di batang - sesuai untuk di buat colok.(gred C dan kebawah)



3. PENGGUNAAN UBAT YANG SESUAI.

Terdapat pelbagai jenis ubat yang di gunakan untuk suntikan pokok gaharu di pasaran kita sekarang,sama ada diimpot dari Thailand atau dibuat sendiri oleh pengusaha. Boleh di bahagikan kepada 3 bahagian,

1. Kuat - sesuai untuk menghasilkan kayu gaharu untuk minyak dan ukiran
2. Sederhana- sesuai untuk teras
3.Lemah- tidak sesuai pada semua di atas.Berlaku pemulihan semula oleh resin gaharu.



4.DOS UBAT MENGIKUT SAIZ POKOK

1. Melebihi dos - pokok akan mati
2. Sederhana - Ubat boleh berlanjutan menyakitkan pokok hingga menghasilkan teras
berkualiti.
3. Lemah - resin gaharu akan memulihkan luka dan kesakitan.Tiada hasil akan di perolehi


5.JANGKA MASA MENUNGGU SELEPAS SUNTIKAN

1. Teras Gaharu - 2 - 2 1/2 tahun.
2. Kayu Gaharu untuk Minyak dan colok - 1- 1 1/2 tahun




HARGA ANTARABANGSA TERKINI BAGI GAHARU SUNTIKAN (INTERNATIONAL MARKETING)



GRED A HARGA: USD4,500 (RM13,500) PERKILO




GRED B. HARGA: USD 2,500 (RM7,500) PERKILO





GRED C+ HARGA: USD 800(RM2,400) PERKILO


SUMBER ASAL :

http://gaharuembun.blogspot.com

BAKHOOR - cebisan kayu GAHARU yang direndam di dalam wangian untuk di bakar bagi mendapatkan haruman yang lebih lama dan wangi





Bakhoor ialah cebisan kayu (wood chip) yang direndam di dalam wangian (fragrance) untuk di bakar bagi mendapatkan haruman yang lebih lama dan wangi. Bakhoor digunakan secara meluas di Negara-negara Timur Tengah ketika perayaan-perayaan dan juga ia digunakan setiap hari bagi memberikan haruman yang baik di dalam rumah. Kaum wanita di Saudi membakar bakhoor dan dibawa kesetiap ruang dan bilik bagi memberikan bau yang menyenangkan. Pembakar bakhoor yang unik dan berbagai bentuk juga boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah juga. Rumah lebih wangi, cantik dan pastilah penghuninya juga akan lebih sihat dengan bau-bauan yang segar ini.


Imam Bukhari menyatakan bahawa oudh ialah bauan yang dapat menguatkan fizikal dan juga mental seseorang. Dengan kehidupan yang semakin sibuk dan stress, anda boleh jadikan membakar bakhoor sebagai satu terapi kepada badan dan otak anda. 

InshaAllah, bauan yang harum ini memberikan aura-aura positif di sekitar kawasan rumah dan yang terpenting dalam diri kita. Bakhoor boleh dibeli pada harga yang lebih murah untuk digunakan sebagai kegunaan harian berbanding membeli gaharu wood chip yang pastinya lebih mahal harganya. Kalau mampu apa salahnya.



Di petik daripada http://idealwoman.org/2013/is-it-sunnah-to-use-bakhoor-and-oud-fragrance/

Jana kekayaan dengan pokok gaharu




Gaharu terhasil daripada tindak balas imun pokok daripada jangkitan penyakit dan kulat. Pokok yang cedera menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan mikrob. Pokok yang dijangkiti tetapi berimun lemah menyebabkan penyakit terbentuk pada pokok seterusnya menyebabkan pembentukan gaharu daripada nutrien pokok. Resin yang terhasil dari proses ini mengandungi bahan sari atau resapan berbau wangi. Resin itulah yang kita kenali sebagai gaharu.

Komoditi gaharu kini sangat terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, di kalangan masyarakat Cina, ia dipanggil Chen Xiang, Jin-Ko di Jepun, dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab. Kayu gaharu termasuk di dalam genus ‘Aquilaria’ merupakan antara khazanah tumbuh-tumbuhan di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dari luar negara. Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya terdapat empat jenis iaitu Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana.



Gaharu sebagai tanaman mudah

Sesuai dengan statusnya sebagai pokok hutan, tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang melampau dan amat mudah untuk ditanam berdasarkan prinsip Empat T iaitu Tanam, Tinggal, Tengok-tengok dan Tuai. Pokok ini hanya memerlukan pencahayaan sebanyak 45 hingga 75 peratus sahaja sehari serta boleh menyesuaikan dirinya dengan pelbagai jenis tanah.
Anak benih terbaik untuk penanaman berumur daripada empat bulan ke satu tahun kerana ianya mudah untuk diangkut serta pembentukan akar yang sedang berkembang untuk mencengkam tanah, mengelakkannya daripada mudah tumbang. Penanamannya juga tidak memerlukan ladang terbuka. Ia lebih sesuai ditanam di dalam kongsi atau hutan asli untuk pembesaran yang lebih sempurna. Untuk penanaman secara intensif, 0.4 hektar tanah mampu menampung kira-kira 450 hingga 1,000 batang pokok pada satu-satu masa.



Potensi pasaran gaharu

Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5,000 hingga RM60,000, bagi jenis Candan Gajah dianggarkan RM180,000 hingga RM200,000 dan Candan Gunung bernilai hampir sejuta ringgit. Manakala harga seliter minyaknya pula dianggarkan bernilai 10 kali ganda dari harga kayunya. Di seluruh dunia, pokok gaharu yang dikenali sebagai Agarwood ini menjadi pilihan ramai berikutan kebolehannya mengeluarkan aroma menyenangkan dan menjadi kegemaran masyarakat di rantau Asia Barat. Yang membezakan harga antara produk gaharu ialah gred dan mutu produk itu.

Untuk mendapatkan minyak yang berkualiti tinggi, kualiti kayu gaharu perlu diambil berat. Terdapat tujuh kategori mutu gaharu namun, untuk mendapatkan kayu yang bermutu tinggi, terdapat lima ciri utama perlu diberi keutamaan dalam memastikan bahawa kayu gaharu tersebut mencapai tahap berkualiti yang dikehendaki atau tidak. Ia termasuklah corak atau warna pada kayu tersebut seperti warna coklat kehitaman, kandungan damar wangi tinggi, serat padat, berat dan menghasilkan aroma yang kuat apabila dibakar.

Daripada ciri-ciri tersebut, gaharu digredkan kepada gred A, gred B, gred C, gred D, gred E, lain-lain gred dan gaharu racik (kayu racik). Penghasilan minyak gaharu boleh dilakukan dengan dua kaedah; iaitu kaedah penyulingan stim dan kaedah penyulingan air. Kaedah penyulingan stim adalah yang paling efektif dengan menghasilkan minyak yang banyak dan ianya turut digunakan di Malaysia.



Daripada kontraktor ke usahawan berjaya

Pada waktu ini, pasaran gaharu dunia hanya dapat menampung 20 peratus daripada permintaan sebenar, menjadikannya satu bidang yang boleh menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya. Melihatkan kepada potensi itu, Norazlan Lumi, seorang kontraktor sanggup mengambil keputusan beralih ke bidang keusahawanan gaharu.

Melalui syarikatnya, Konsesi Utama (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2000, beliau telah berjaya mempelopori perusahaan gaharu dan mengkomersilkan sepenuhnya tanaman itu. Syarikat beliau turut mempunyai kilang pengeluarannya sendiri di Bandar Teknologi Kajang dan telah menghasilkan rangkaian produk daripada keseluruhan kayu gaharu bermula daripada akar hingga ke batangnya.
Beliau pada awalnya berhasrat untuk menceburi bidang pertanian tetapi menyedari persaingan sengit dalam industri tersebut menyebabkan beliau melakukan kajian mengenai tanaman lain yang belum dikomersilkan sepenuhnya, dan di sekitar tahun 2000, beliau mula didedahkan dengan kayu gaharu yang diperoleh daripada orang Asli dari hutan seluruh negara.

Penjualan kayu gaharu pada mulanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja, namun, usaha itu berterusan untuk beberapa tahun dan pada yang masa sama beliau gigih menjalankan kajian bagi mendapatkan ekstrak kayu gaharu menerusi usahanya sendiri tanpa mendapatkan sebarang geran bantuan penyelidikan daripada mana-mana agensi.

Pada 2005, syarikat beliau telah melangkah setapak lagi ke hadapan apabila mula mengendalikan kilang untuk menghasilkan ekstrak daripada kayu gaharu dengan menggunakan empat dapur pemproses membabitkan pelaburan kira-kira RM25,000. Kini, beliau mampu berbangga apabila syarikatnya mempunyai 36 dapur pemproses untuk mendapatkan ekstrak daripada kayu gaharu. Antara produk yang telah dihasilkan oleh syarikat beliau termasuklah minyak gaharu asli, minyak wangi gaharu asli, teh gaharu, setanggi gaharu, tikar dan tasbih gaharu, krim kulit gaharu dan produk hiliran minyak lintah gaharu.

Konsesi Utama terus melangkah maju apabila berjaya memperoleh geran bernilai RM500,000 daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bagi membolehkannya menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan produk penjagaan kulit daripada kayu gaharu. Kajian itu telah dilaksanakan menerusi kerjasama bersama dengan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia, iaitu sebuah anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Usah terpedaya skim penipuan gaharu


NOR NABILAH MOHD. NASIR (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis di Seremban, semalam. Turut kelihatan Zaiton Othman (kiri) dan Roslina Abu Bakar.



SEREMBAN 3 Jun – Syarikat tempatan yang terlibat dalam industri gaharu, Kumpulan Senama Agro Gaharu (SAG) membuat dua laporan polis di sini selepas mengesan cubaan pihak tertentu menyalahgunakan nama syarikat itu untuk menjual anak benih pokok ber­kenaan.


Laporan polis itu dibuat oleh Pengarah Urusan SAG, Nor Nabilah Mohd. Nasir pada Sabtu lalu dan semalam pula oleh Pengerusi SAG, Datin Zaiton Othman.

Menurut Nor Nabilah, aduan itu dibuat kerana syarikat bimbang orang ramai yang menyertai satu seminar berkaitan gaharu di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor diperdaya untuk melabur dalam projek yang dikatakan di­terajui oleh SAG.

Katanya, pihaknya telah dihubungi oleh beberapa peserta yang memberitahu mereka membuat pelaburan melalui syarikat yang menganjurkan seminar berkenaan.

“Malah, saya dapat tahu ada orang yang telah melabur sebanyak RM165,000 atau bersamaan de­ngan RM550 bagi sebatang pokok sedangkan tawaran asal SAG hanya RM399 bagi sebatang pokok.

“Saya juga menegaskan bahawa SAG tidak menerima sebarang bayaran bagi pelaburan ini walaupun penganjur seminar menggunakan nama SAG,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Seremban 2 dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Zaiton, Penasihat Komuniti Ibu Berdikari dan Berusaha 1Malaysia (KI2B) Negeri Sembilan, Datuk Roslina Abu Bakar.

SAG yang beroperasi sejak empat tahun lalu terlibat dalam kegiatan penyediaan kawasan tanaman, pembekalan benih, penjagaan tanaman, pengeluaran hasil dan pemasaran gaharu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintenden Ramli Mohd. Nor mengesahkan laporan polis yang dibuat syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, polis meminta orang ramai yang mengesyaki ditipu dalam kes itu membuat aduan bagi memboleh­kan siasatan lanjut dijalankan.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslina memberitahu, pihaknya akan membantu SAG dalam kes tersebut yang dianggap sebagai penganiayaan kepada sebuah syarikat milik bumiputera.

Katanya, orang ramai yang dipujuk untuk menyertai sesuatu skim perniagaan perlu membuat rujukan dengan pelbagai pihak bagi menggelakkan mereka terpedaya.

“Kita juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menipu orang ramai dengan mengutip wang untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perniagaan,” ujarnya.

Nor Nabilah pula berkata, orang ramai yang mahu menyertai projek penanaman pokok gaharu boleh menghubungi SAG 06-6317030 / 019-6814258